Dunia Terkini Teknologi

Berkongsi Teknologi Menarik Untuk Pengetahuan Umum


Tuesday, March 8, 2011


Posted by Picasa
at 6:42 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Epad. Murah je, produk cina, tapi function mcm i iphone 2g lebih kurang...
Newer Posts Home
Subscribe to: Comments (Atom)

Mencari Telefon dan Spec

  • Phone n Spec

Music Your Life

Music Your Life
sound superp

hyat87

  • Epad. Murah je (1)
  • produk cina (1)
  • tapi function mcm i iphone 2g lebih kurang... (1)
  • Xperia Play Handphone paling lengkap dari segala keperluan masa kini. (1)

Blog Archive

  • ►  2017 (2)
    • ►  July (2)
  • ▼  2011 (2)
    • ►  September (1)
    • ▼  March (1)
      • No title

About Me

hyat87
Tiada teknologi yg sempurna dari panca indera manusia.
View my complete profile

nokia Section

nokia Section

Bacalah untuk pengetahuan

Boleh dikatakan setiap orang pada hari ini memiliki telefon bimbit. Telefon bimbit pertama yang dikenali sebagai telefon selular mula digunakan pada tahun 1973 di Manhattan Amerika Syarikat. Ia dibangunkan oleh penyelidik di Motorola yang kemudiannya bergabung dengan rakan seangkatannya di syarikat telekomunikasi terkenal AT&T untuk meningkatkan prestasi telefon selular tersebut. Idea awal ciptaan telefon bimbit ialah untuk memudahkan komunikasi dan bebas bergerak untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Martin Cooper dari Motorola membayangkan bagaimana sekiranya manusia dapat membawa telefon yang ringan ke mana sahaja mereka pergi dan senang dihubungi. Dengan itu terciptalah telefon bimbit. Pada hari ini telefon bimbit menjadi keperluan yang sangat penting. Fungsi-fungsinya juga bertambah setiap kali diperkenalkan model baru seiring dengan kepantasan perkembangan teknologi.

Terbaru pengeluar telefon bimbit tersohor di dunia memperkenalkan konsep baru telefon dan gajet masa depan yang dikenali sebagai morph. Konsep morph untuk keluaran produk gajet digital Nokia masa depan merupakan gabungan seni dan teknologi yang elegan yang menggunakan nanoteknologi sebagai asas pembuatannya. Menurut saintis yang terlibat dalam projek Morph-Nokia ini, suatu hari nanti pengguna berupaya mengubah gajet mereka menjadi bentuk-bentuk yang diminati secara mudah seperti robot-robot dalam filem transformer. Konsep Morph pada telefon bimbit Nokia terbaru menggunakan aplikasi teknologi nano meliputi ciri-ciri kebolehlenturan, elektronik transparen, kemampuan pembersihan sendiri (self cleaning), menggunakan tenaga solar dan antaramukanya (interface) yang canggih. Idea teknologi futuristik ini dikemukakan oleh penyelidik dari Nokia Research Centre dengan kerjasama Cambridge Nanoscience Centre, Universiti Cambridge, United Kingdom.

Banyak lagi contoh-contoh lain kemajuan sains dan teknologi seperti dunia robotik, teknologi satelit, angkasalepas, perubatan, komputer dan sebagainya muncul hasil daripada sains yang diasaskan oleh imaginasi dan wawasan para saintis dan penyelidik yang berfikir jauh ke hadapan. Pemikiran sains masa depan atau futuristik ini merupakan elemen yang sangat penting untuk melahirkan golongan sainis dan pencipta teknologi. Tepatlah seperti ungkapan Einstein ’ imaginasi lebih penting berbanding pengetahuan.
orangez87. Awesome Inc. theme. Powered by Blogger.